suria

Lagu dangdut Indonesia 'Corona', bertahan 48 jam di YouTube dianggap tak sensitif walaupun singkatan Komuniti Janda Merana

Alvi Ananta penyanyi lagu Corona.

LAGU dangdut Indonesia bertajuk Corona nyanyian penyanyi dangdut Indonesia, Alvi Ananta tular di laman sosial selepas menerima kecaman pelbagai pihak.

Menurut detikcom, komuniti pekerja Indonesia Keluarga Migran Indonesia (Kami) menghantar surat teguran terhadap penyanyi, pencipta lagu, dan produser lagu terbabit yang dianggap tidak sensitif dengan wabak penyakit koronavirus atau Covid-19 yang sedang menular di negara itu.

"Kerana yang membuat, menyanyikan dan memuat naik lagu itu ke laman sosial adalah orang yang berasal dari Banyuwangi ia sangat memalukan. Oleh itu, kita minta mereka bertanggungjawab.

"Minta maaf dengan segera kerana ini sangat membimbangkan masyarakat khususnya pekerja Indonesia, mereka malu mengenainya," kata Ketua Kami, Ahmad Kholik, pada Isnin.

Syarikat rakaman Samudra Record memberitahu tajuk Corona ialah singkatan daripada Komuniti Janda Merana. 

Bagaimanapun, pihak Samudra Record mengambil tindakan pantas memadam lagu berkenaan di YouTube selepas 48 jam dimuat naik pada 27 Februari lalu.

Kami menyerahkan surat teguran ke pejabat Kebudayaan dan Pelancongan Banyuwangi berkenaan lagu Corona. Foto: detikcom.

"Kami terima surat teguran daripada Kami yang berasa tersinggung dengan lagu Corona. Kami sudah tunaikan permintaan mereka,"

"Dan kami sudah memadam video tersebut dari akaun YouTube kami. Pada masa ini kami juga mencuba yang terbaik untuk membersihkan video yang dimuat naik semula dari kandungan itu," kata Angga Samudra Record.

"Kami sedar lagu kami banyak menerima kecaman. Oleh itu, kami terus padamkannya dan kami memohon maaf," ujarnya.

Artikel Lain