HUBUNGAN dingin penyanyi Rossa dan Melly Goeslaw nampaknya sudah pulih apabila kedua-dua selebriti memuat naik video TikTok bersama-sama. Dipetik laporan Liputan6, kelihatan Rossa dan Melly Goeslaw membuat sebuah video kempen menjaga kebersihan diri dari wabak Covid-19 di laman Instagram peribadi mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Insiden Halloween, Rossa hormati pilihan Melly untuk 'unfollow' instagram "Pencegahan korona dari kami," tulisnya. Dengan memakai baju berwarna merah, kedua-dua mereka bermain TikTok dengan lagu Bagaikan Langit. Menerusi video itu Rossa dan Melly Goeslaw menunjukkan pergerakan menutup hidung dan mulut dengan menggunakan tisu apabila bersin. Hubungan Rossa dan Melly renggang selepas insiden parti Halloween apabila salah seorang jurusolek memakai kostum gaya Melly sehingga menyinggung perasaan komposer itu. Rossa dan Bunga Citra Lestari terkait apabila turut berada dalam video yang tersebar di internet.