PELAKON Vanessa Hudgens dikecam netizen gara-gara mengeluarkan kenyataan sensitif berhubung wabak Covid-19 yang sedang menular di seluruh dunia. Vanessa, 32, berkata dia memahami dan menghormati keadaan negara yang mengalami wabak Covid-19 namun baginya, kematian adalah sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan. "Saya minta maaf, tapi ia adalah virus, saya faham dan hormati tapi dalam pada masa yang sama jika semua orang faham. "Ya, orang akan mati. Memang dahsyat tapi ia tidak dapat dielakkan," katanya ketika membuat siaran langsung (IG Live) di Instagram baru-baru ini. Bagaimanapun, Vanessa kemudian tampil membuat permohonan maaf kerana bersikap tidak sensitif dengan isu yang berlaku menerusi laman Instastory. Sumber - BBC.com