PENULARAN wabak Covid-19 di seluruh dunia turut memberi kesan kepada kehidupan dan aktiviti seni penyanyi Indonesia Judika. Menerusi video luahan Judika dan isterinya, Duma Rilis di saluran YouTube, dia memberitahu sebanyak 18 acara sepanjang bulan Mac hingga Mei terpaksa dibatalkan susulan wabak tersebut. Bagaimanapun, Judika akur dengan saranan kerajaan untuk sentiasa berada di rumah biarpun akui berasa sedih tidak dapat melakukan aktiviti sukan. "Tadi saya menerima mesej daripada pengurus saya yang mengatakan acara di Singapura dibatalkan. Sebenarnya terlalu banyak acara yang telah batal. "18 acara sehingga kini, kami kehilangan banyak punca rezeki. "Tapi demi kebaikan bersama, kami memang ikut arahan untuk berada di rumah. Biarpun saya agak sedih tidak dapat melakukan aktiviti bermain bola sepak," katanya. Sumber - Liputan6