SETIAP pasangan yang sudah berkahwin sudah pasti inginkan zuriat, begitu juga dengan pelakon Priyanka Chopra yang sentiasa mengharapkan untuk dikurniakan cahaya mata. Namun menerusi laporan Geo.TV, Priyanka memberitahu buat masa ini jadualnya terlalu padat dengan kerja namun mengakui memiliki sebuah keluarga adalah keutamaannya. Justeru isteri kepada penyanyi Nick Jonas ini percaya rezeki mereka untuk mempunyai zuriat akan tiba namun masa yang akan menentukannya. Priyanka tidak sabar nak ada anak bersama Nick. "Buat masa sekarang, jadual kerja saya sudah terlalu padat. "Tapi untuk mempunyai keluarga juga sangat penting. Saya berharap masanya akan tiba nanti. "Saya memang tak sabar. Maksud saya, ada banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan kami apabila tuhan memberkati kami dan ia sesuatu yang kami berdua inginkan," katanya Priyanka dan Nick mendirikan rumah tangga pada 2018.