suria

Ajay Devgan nafi Kajol dan anak perempuan mereka positif Covid-19

Ajay tampil dakwaan isteri dan anak perempuannya positif Covid-19

PELAKON Ajay Devgan tampil menafikan khabar angin yang mendakwa isteri yang juga akres Kajol dan anak perempuan mereka Nysa Devgan positif wabak Covid-19.

Menerusi laman Twitter Devgan menegaskan khabar angin tersebut tidak benar dan turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertanyakan keadaan mereka sekeluarga.

"Terima kasih kerana bertanya. Kajol dan Nysa sihat-sihat saja. Khabar angin yang disebarkan tentang kesihatan mereka itu tidak tepat dan tak munasabah," katanya.

Ajay berkongsi perkara itu menerusi akaun Twitter miliknya.

Selepas kerajaan India mengumumkan tempoh Perintah Berkurung (lockdown) selama 21 hari bermula 28 Mac lalu, timbul desas-desus mengatakan Kajol dan anak perempuannya, Nysa, dijangkiti Covid-19.

Sebelum menjalani perintah tersebut, Kajol baru selesai penggambaran filem VIP2 manakala Ajay sedang menjalani penggambaran filem pertamanya berbahasa Telugu-Tamil-Hindi berjudul RRR.

Ajay Devgan, Kajol, Nysa

Artikel Lain