SELEPAS lebih tiga bulan menjalani rawatan akibat kecederaan tahun lalu, anggota kumpulan Red Velvet iaitu Wendy semakin beransur pulih. Agensi pengurusan SM Entertainment memberitahu biarpun Wendy sudah sembuh namun penyanyi itu masih perlu meneruskan rawatan. "Keadaan kesihatan Wendy semakin baik dan dia sudah sembuh sepenuhnya tapi dia tetap perlu jalani rawatan," katanya. Red Velvet. Sebelum ini, Wendy cedera selepas terlibat dalam kemalangan semasa membuat latihan untuk konsert SBS Gayo Daejeon 2019 pada 25 Disember tahun lalu. Selepas menjalani pemeriksaan, vokalis itu mengalami kecederaan pada muka, patah tulang pinggul dan patah di pergelangan tangan kanan. Sumber - Soompi