suria

Ikut teknik diajar suami... JK Rowling pulih sepenuhnya selepas alami gejala jangkitan Covid-19

JK Rowling alami gejala jangkitan Covid-19.

PENULIS buku Harry Potter, JK Rowling mengesahkan dirinya sudah pulih dari jangkitan Covid-19.

Menurut laporan SkyNews, JK Rowling menerusi laman Twitter memuat naik video suaminya, Neil Murray yang juga merupakan seorang doktor di sebuah hospital menunjukkan teknik memulihkan pernafasan pesakit.

Justeru itu, JK Rowling berkata dia menggunakan teknik yang sama sejak mengalami gejala Covid-19, akhir Mac lalu.

"Sejak dua minggu lalu saya mengalami semua gejala Covid-19 (tanpa melakukan ujian saringan) dan melakukan rawatan mengikut saranan doktor yang merupakan suami saya.

"Sekarang saya sudah pulih sepenuhnya dan teknik tersebut sangat membantu," tulisnya.

Sementara itu, JK Rowling berkata perkongsiannya mengenai teknik rawatan itu adalah mengikut saranan doktor.

Malah, dia turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mengambil berat mengenai kesihatannya.

"Tak perlu bayaran, tiada kesan sampingan tetapi mungkin dapat membantu anda atau orang yang anda cinta, seperti saya lakukan.

"Terima kasih atas ucapan dan mesej anda semua!," ujarnya.

JK Rowling, Covid-19

Artikel Lain