suria

Bimbang jadi pembawa Covid-19, Luna Maya buat ujian saringan selepas pulang dari Brazil

Luna bersyukur keputusan ujian saringan disahkan negatif Covid-19.

BIMBANG dirinya menjadi pembawa wabak Covid-19, pelakon Luna Maya mengambil keputusan untuk melakukan ujian saringan selepas pulang dari percutian di Brazil.

Menurut laporan Tribunnews, Luna meluahkan rasa bimbangnya itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di saluran YouTube peribadinya.

"Sebenarnya saya berasa bimbang dan gementar sebab sebelum ini kan saya ada pergi bercuti. Balik daripada bercuti saya tidak mengalami sebarang simptom.

Luna bercuti di Brazil sekitar Mac lalu.

"Namun ada terfikir juga takut saya ini adalah pembawa virus itu atau bukan," katanya.

Dalam pada itu, Luna bersyukur kerana keputusan ujian saringan yang diterima disahkan dirinya bebas daripada dijangkiti virus tersebut.

"Alhamdulillah keputusannya negatif, saya bebas daripada jangkitan wabak Covid-19 itu," ujarnya.

Luna Maya, Covid-19

Artikel Lain