suria

“Saya sedang menyelamatkan dunia!” - Rihanna sindir Donald Trump

Rihanna menyindir Presiden Amerika Syarikat apabila ditanya mengenai album baharu.

PENYANYI Rihanna kerap diajukan soalan daripada peminat mengenai album baharunya yang dijangka akan dilancarkan tahun ini.

Menurut laporan portal E News, Rihanna meminta peminatnya bersabar kerana dia masih mempunyai beberapa urusan yang perlu diselesaikan sepanjang tempoh penularan wabak Covid-19 ini.

Menerusi siaran langsung di Instagram, penyanyi lagu Umbrella ini menjawab salah satu soalan pengikutnya yang bertanyakan mengenai album terbaharu.

"Kenapa kamu semua masih bertanya tentang album, saya sedang cuba menyelamatkan dunia. Tidak seperti presiden anda," katanya menyindir Donald Trump.

Umum mengetahui, Rihanna turut memberikan sumbangan yang besar dalam membendung wabak koronavirus.

Melalui badan amalnya, penyanyi ini dilaporkan menderma AS$5 juta (RM21 juta) untuk membantu mengurangkan beban mereka yang dijangkiti virus tersebut.

Rihanna

Artikel Lain