PENYANYI berasal Amerika Syarikat, Kenneth Brian Edmonds atau lebih dikenali Babyface mengumumkan dia dan keluarga sudah sembuh daripada jangkitan Covid-19. Babyface berkongsi berita gembira itu semasa meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-62 pada Jumaat lalu. Menerusi Instagram, pemenang Anugerah Grammy ini mendedahkan dia dan keluarga disahkan positif Covid-19, namun mereka sudah pulih daripada wabak tersebut. Babyface bersyukur masih berkesempatan meraikan ulangtahun kelahirannya yang ke-62. "Saya dan keluarga diuji positif Covid-19. Ia satu perkara yang menakutkan untuk bertemu kawan-kawan. "Sekarang ini dengan bahagianya saya melaporkan sudah negatif daripada jangkitan dan sedang dalam proses penyembuhan sepenuhnya. "Terima kasih kepada semua yang menghantar ucapan sempena ulang tahun kelahiran saya. Saya rasa sangat gembira dapat meraikannya lagi tahun ini," katanya. SUMBER: Channel News Asia