suria

Gara-gara Covid-19, Anang Hermansyah alami kerugian sehingga terpaksa tutup perniagaan

Anang bersama isterinya, Ashanty.

TERKESAN dengan penularan wabak Covid-19 yang semakin teruk, penyanyi Anang Hermansyah mengambil keputusan menutup perniagaannya demi keselamatan dan kesihatan pekerjanya.

Memetik daripada laporan Okecelebriti, Anang berkata dia akan tetap memberikan wang sempena menyambut hari raya Aidilfitri pada Mei depan kepada pekerjanya walaupun sumber pendapatannya turut terjejas.

"Itulah yang menjadi fikiran semua pihak. Tetapi kalau daripada pihak kami, kami akan tetap menjalankan tanggungjawab, InsyaAllah tidak ada masalah," katanya.\

Dalam pada itu, penyanyi berumur 51 tahun itu memberitahu bahawa tidak semua pekerjanya mempunyai wang simpanan yang mencukupi semasa perkara kecemasan berlaku.

"Tiada siapa yang mahu kejadian ini, tetapi rakan pekerja tidak seperti kita yang mempunyai simpanan yang cukup.

"Mereka tidak akan memilikinya apabila kita hanya berfikir mengenai diri kita sendiri," ujarnya.

Anang Hermansyah, Covid-19

Artikel Lain