suria

“Begitu banyak kehilangan, tahun 2020 sangat berbeza” - BCL kembali aktif di IG, ucap selamat jalan kepada Glenn Fredly

Bunga Citra Lestari ucap selamat jalan buat Glenn Fredly.

HAMPIR dua bulan menyepi dari laman sosial selepas pemergian suami Allahyarham Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari memuat naik status pertama di Instagram pada Khamis.

Penyanyi dan pelakon popular Indonesia itu meluahkan kesedihan atas kehilangan mengejut penyanyi Glenn Fredly pada petang Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Genap 40 hari Ashraf Sinclair pergi, Bunga Citra Lestari ajak orang ramai bertahlil dari jauh - “Terima kasih kami untuk cinta yang anda beri”

ARTIKEL BERKAITAN: Glenn Fredly meninggal dunia akibat radang otak

"Begitu banyak kehilangan, tahun 2020 memang sangat berbeza.

"Mari saling menjaga dan mencintai satu sama lain. Menikmati masa yang dimiliki... mencintai.

"Memberikan kasih kepada orang yang dicintai kerana kita tahu masa sangatlah berharga," tulisnya dengan muat naik latar belakang berwarna hitam.

Bunga muat naik status pertama di IG.

Menerusi Instastory, Bunga mengucapkan selamat jalan kepada penyanyi berkenaan.

“Selamat jalan Glenn Fredly. Terima kasih untuk segala karya dan kebaikanmu. Kekal kenanganmu. Rest in love,” tulisnya.

Glenn Fredly meninggal dunia pada petang Rabu selepas mengalami penyakit meningitis atau radang otak.

Postingan yang sebak itu mengundang netizen untuk turut meluahkan perasaan mereka di ruangan komen.

Rata-rata netizen memberikan simbol hati dan kata-kata semangat kepada penyanyi lagu Cinta Sejati itu.

"Alhamdulillah sudah mula bangkit kembali, kami sayang Unge dan Noah.

"Sangat setuju kak Unge kerana masa tak akan berulang kembali," tulis beberapa netizen.

BCL, Glenn Fredly

Artikel Lain