suria

Isyana Sarasvati reda suami 'frontliner' berjuang lawan Covid-19

Suami Isyana merupakan seorang doktor yang berkelulusan dari Universiti Gadjah Mada (UGM).

DEMI tanggungjawab terhadap negara, penyanyi Isyana Sarasvati reda berjauhan dengan suaminya, Rayhan Maditra yang perlu bertugas sebagai doktor bagi memerangi penularan wabak Covid-19 di Indonesia.

Menerusi laporan Liputan6, Isyana memberitahu dia akan sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada suaminya serta semua petugas barisan hadapan (frontliners).

"Semangat untuk suami saya dan semua hero yang berjuang di luar sana. Kami sekeluarga akan sentiasa mendoakan dari rumah.

"Terima kasih atas jasa dan pengorbanan yang telah diberikan" tulis Isyana menerusi laman Instastory miliknya baru-baru ini.

Penyanyi lagu Tetap Dalam Jiwa ini mendirikan rumah tangga dengan Rayhan Maditra pada 2 Februari lalu selepas 12 tahun menjalinkan hubungan cinta.

Isyana Sarasvati, Covid-19

Artikel Lain