suria

Penyanyi legenda Amerika Syarikat John Prine meninggal dunia akibat Covid-19

John Prine meninggal dunia pada usia 73 tahun. - FOTO: The New York Times

PENYANYI legenda Amerika Syarikat John Prine dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19.

Seperti dipetik The New York Time, Prine yang kini berusia 73 tahun didiagnosis Covid-19 pada 17 Mac lalu dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Vanderbilt University Medical Center, Tennessee selama 13 hari sebelum meninggal dunia pada Rabu (waktu Malaysia).

Keluarga memberitahu mendiang mengidap penyakit kanser dan pernah menjalani pembedahan pada 1998 bagi mengeluarkan ketumbuhan di lehernya yang dikenal pasti sebagai kanser sel skuamosa.

Manakala, pada tahun 2013, dia terpaksa membuang satu bahagian paru-parunya bagi merawat kanser yang merebak ke bahagian itu.

John Prine pernah memenangi dua piala Grammy iaitu pada 1991 dan 2005 selama lima dekat kerjaya seninya.

"Amerika kehilangan seorang pencipta lagu yang paling berpengaruh pada generasinya dan dia akan terus menjadi inspirasi kepada pemuzik-pemuzik baharu. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang" ujar Recording Academy dalam satu kenyataan.

Sebelum John Prine beberapa pemuzik lain yang meninggal dunia akibat wabak ini iaitu Adam Sclesinger, Wallace Roney dan Alan Merrill.

John Prine

Artikel Lain