suria

Amitabh Bachchan sumbang 2,000 pek makanan sehari - “Sukar nak serah bantuan kerana lockdown”

Amitabh Bachchan sediakan pek makanan untuk masyarakat yang berdepan kesempitan hidup di Mumbai.

PELAKON Bollywood Amitabh Bachchan menyerahkan 2,000 paket makanan untuk penduduk di Mumbai yang berdepan kesempitan hidup berikutan penularan wabak Covid-19.

Menurut laporan India Today, Amitabh berkata dia merancang untuk memberikan lebih banyak sumbangan terutamanya untuk mereka yang memerlukan.

"2,000 paket makanan diberikan setiap hari untuk makan tengahari dan malam di seluruh lokasi di bandar ini.

"Kita juga merancang untuk serahkan bekalan makanan kepada 12 ribu orang yang memerlukan, ini masih dalam proses penyerahan," katanya menerusi blog peribadi.

Sebelum ini Amitabh Bachchan juga menyediakan bantuan bulanan untuk ribuan pekerja persatuan filem India.

Sementara itu, bapa mentua kepada aktres Aishwarya Rai ini turut merancang memperluaskan bantuan makanan tersebut.

Bagaimanapun, hasratnya itu berdepan kesukaran berikutan kebanyakan lokasi di India ditutup kerana lockdown dan perjalanan mereka terhad.

"Agak susah nak pergi ke lokasi yang lebih jauh kerana kebanyakan tempat sudah lockdown.

"Ia membuatkan perjalanan untuk hulurkan bantuan lebih sukar kerana kami dilarang keluar rumah dan tempat tinggal," 

"Tugasan yang sukar tapi tetap akan dilakukan" ujarnya.

amitabh bachchan, covid-19

Artikel Lain