PELAKON popular Indonesia, Raffi Ahmad mengakui perniagaannya turut terkesan akibat penularan wabak Covid-19. Menurut laporan Tribunnews, Raffi berkata dia terpaksa mengeluarkan wang simpanan bagi menampung bayaran gaji 100 pekerjanya untuk tahun ini. "Yang buat saya risau kalau Covid-19 ini berpanjangan dan nanti macam mana dengan gaji-gaji pekerja. "Sekarang ni tengah siapkan diri, saya bersama isteri Nagita Slavina bersepakat, kejadian virus ini paling buruk dan kami anggap tahun 2020 tahun mati sampai Disember ini. "Ertinya sampai hujung tahun ini saya kena siapkan gaji pekerja, semuanya kena diselamatkan. Jadi kami akan guna duit tabung kami supaya tiada seorang pun pekerja yang dibuang," katanya. Raffi berkata demikian menjawab soalan yang diajukan Luna Maya menerusi video yang dimuat naik di Youtube pada Jumaat lalu. "Orang selalu fikir artis ni banyak duit! Aduh... kita kenalah buat kerja dulu, mesti datang ke lokasi penggambaran, baru dapat duit," tambah Luna