suria

Kes hina kemaluan bekas isteri berakhir... Galih Ginanjar, dua 'Youtubers' dihukum penjara!

Galih Ginanjar menerima hukuman penjara atas tindakannya memalukan bekas isteri. Foto: CNN

PERBICARAAN kes menghina kemaluan bekas isteri berakhir apabila Mahkamah Jakarta Selatan, Indonesia menjatuhkan hukuman kepada pelakon Galih Ginanjar dan dua lagi Youtuber pada Isnin lalu.

Menurut laporan Liputan6, bekas suami kepada Fairuz A Rafiq itu dijatuhkan hukuman penjara dua tahun empat bulan.

Manakala dua lagi Youtuber iaitu Rey Tami dan Pablo Benua menerima hukuman setahun empat bulan dan setahun lapan bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hikmah hina kemaluan isteri, Galih Ginanjar lebih dekat dengan tuhan dan keluarga

Sementara itu, Fairuz memberitahu dia berpuas hati dan bersyukur apabila mengetahui mengenai keputusan mahkamah itu.

Menerusi Instagram, dia memuat naik ucapan khas berhubung kes tersebut dan berkongsi laporan berita perbicaraan itu.

Dia turut berterima kasih kepada semua pihak yang selama ini memberikan sokongan dan semangat sepanjang dia berdepan episod memalukan ini.

"Untuk semuanya terima kasih untuk semangat dan doanya... mungkin saya tak mampu balas semua satu persatu tapi kebaikan kalian semua akan di balas Allah SWT dengan seribu kebaikan.

"Terima kasih menemani saya dengan doa dan sokongan selama berbulan-bulan," tulisnya.

Pada Julai tahun lalu, Galih telah mencemarkan nama baik bekas isteri itu menerusi sebuah program bual bicara di YouTube.

Galih Ginanjar, Fairuz A Rafiq

Artikel Lain