suria

Kim Tae Hee bawa trak kopi ke set penggambaran, siap buat sepanduk wajah semua kru!

Kim Tae Hee membawa trak kopi ke set penggambaran.

SEBAGAI penghargaan kepada kru produksi drama Hai Bye Mama, pelakon Kim Tae Hee bermurah hati menyediakan makanan untuk semua kru di set penggambaran.

Dipetik laporan Kstarlive, Kim Tae Hee turut membawa sepanduk dengan meletakkan foto semua kakitangan yang terlibat dalam set penggambaran drama itu.

"Kakitangan kami yang saya hormati, kalian adalah watak utama 'Hai Bye, Mama'. Saya rasa seronok dan ia merupakan sebuah kehormatan bagi saya untuk bersama Anda. Terima kasih," tulisnya.

Dalam pada itu, pengurus Kim Tae Hee turut menjelaskan kerja keras yang dibuat oleh pelakon itu dalam proses menyiapkan sepanduk dan mengundang trak kopi.

Kim Tae Hee hargai sokongan kru produksi.

Malah, pengurus Kim Tae Hee berasa bangga dengan usaha yang dibuatnya.

"Ini adalah trak kopi yang disediakan dengan teliti oleh Tae Hee. Dia adalah pelakon pertama yang meletakkan semua gambar dan nama kakitangan di sepanduk trak kopi.

"Tidak mudah meletakan banyak gambar dengan jelas, tapi berkat kerja kerasnya selama tiga minggu, sepanduk itu disiapkan dengan indah. Saya sebagai pengurus sangat bangga dengannya," ujarnya.

Kim Tae Hee

Artikel Lain