SETELAH sembilan tahun mendirikan rumah tangga dan belum dikurniakan cahaya mata, isteri kepada pelakon Irwansyah iaitu Zaskia Sungkar akhirnya memilih untuk menjalani rawatan bayi tabung uji atau IVF. Zaskia menerusi laman sosial Instagram memuat naik foto bersama doktor pakar rawatan IVF pada Rabu lalu. "Bismillah persiapan pembedahan sebelum pemindahan embrio, semangat," tulisnya. Zaskia Sungkar berkata, dia sepatutnya menjalani rawatan itu selepas Hari Raya Aidilfitri depan. Peminat mendoakan supaya Irwansyah dan isteri Zaskia untuk menimang cahaya mata tercapai. Bagaimanapun, dia tidak sabar dan mahu melakukan program itu secepat mungkin. Pelbagai reaksi yang diberikan netizen di ruangan komen, rata-rata mendoakan dan memberikan kata-kata semangat untuk pasangan itu. "Semoga Allah lancarkan dan permudahkan. "InsyaAllah didoakan segala penantian ini dapat dimakbulkan Allah, semangat kak Kia," ujar beberapa netizen.