PELAKON Dian Sastrowardoyo menyedari bulan Ramadan pada tahun ini banyak perubahan memandangkan seluruh negara mengalami krisis penularan wabak Covid-19. Menerusi video yang dimuat naik di Instagramnya, Dian mengakui dia amat merindui momen menyambut bulan puasa sebelum ini bersama rakan dan keluarganya. Bagaimanapun, dia mengambil perkara itu secara positif dan menganggap ada hikmah disebalik apa yang terjadi sekarang untuk lebih bersyukur dengan hal yang kecil. "Nampaknya Ramadan kali ini banyak yang berubah. Tidak akan ada waktu berbuka puasa bersama atau momen silaturrahim ke rumah jiran tertangga. Dian berkongsi perkara itu di laman Instagram. "Apa lagi perayaan meriah, jadi memang sangat rindu dengan Ramadan sebelum ini. Tapi kalau difikirkan semuanya, mungkin ini hanya permainan perspektif sahaja. "Mungkin sebenarnya tiada apa yang berubah pun. Cuma yang membezakan hanyalah jarak. Kalau nak berbuka dengan keluarga boleh saja menggunakan video call. "Baju raya pun boleh beli secara talian. Mungkin hikmah disebalik semua ini untuk kita sentiasa bersyukur dengan hal kecil yang kita boleh lakukan untuk merayakan Ramadan dirumah," katanya.