suria

Luna Maya sentiasa bersyukur diberikan kesihatan yang baik, Dewi Sandra nasihat jangan sombong dengan Allah

Luna Maya dan Dewi Sandra saling mengingati satu sama lain tentang Allah.

PELAKON Luna Maya memberitahu setiap hari dia akan berdoakan dan meluahkan rasa syukur kepada Allah kerana masih diberikan kesihatan dan kehidupan yang baik.

Menerusi laporan Liputan6, Luna berkongsi perkara itu menerusi video perbincangannya dengan pelakon Dewi Sandra yang dimuat naik di saluran YouTube baru-baru ini.

"Setiap hari saya berdoa dan mengucapkan terima kasih kepada Allah untuk hari ini. Saya berterima kasih kerana ada tubuh badan yang sihat hari ini," katanya.

Menurut Dewi Sandra, seseorang itu mempunyai sikap yang sombong sekiranya inginkan sesuatu namun enggan berdoa kepada Allah.

"Kalau kita tidak berdoa, kita sombong. Kan Allah tahu keinginan kita, tapi kenapa kita tak nak minta padaNya," ujarnya.

Luna Maya, Dewi Sandra,

Artikel Lain