suria

Chen (EXO) timang anak perempuan, agensi sahkan berita kelahiran!

Chen sudah bergelar bapa.

ISTERI kepada penyanyi Chen (EXO) selamat menimang cahaya mata pertama di sebuah hospital di Seoul pada Rabu lalu.

Menurut laporan Soompi, pihak pengurusan SM Entertainment turut mengesahkan mengenai berita tersebut.

"Ya benar! Chen EXO dan isteri dikurniakan anak hari ini (Rabu)," kata pengurusan.

Bayi perempuan itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan masih berada di hospital.

Pada 14 Januari lalu, Chen atau nama sebenar Kim Jong-dae mengumumkan dia bakal berkahwin dengan kekasihnya.

Chen mendedahkan mengenai perkara itu menerusi sekeping surat yang ditulis untuk peminat.

Enggan membiarkan ia terus menjadi spekulasi peminat, agensi pengurusan SM Entertainment segera mengeluarkan kenyataan dan memberitahu majlis itu akan diadakan secara tertutup.

Dia turut memohon maaf kepada peminatnya berhubung pengumuman perkahwinan dan kehamilan tunangnya.

Chen EXO

Artikel Lain