suria

Baim Wong terkejut nama dipetik CEO Youtube sebagai 5 individu berpengaruh bulan Ramadan

Baim Wong teruja dan berbangga namanya dan isteri disebut oleh CEO Youtube.

PELAKON Indonesia, Baim Wong meluahkan rasa teruja dan gembira apabila namanya dan isteri, Paula Verhoeven tercatat dalam hantaran di Twitter Ketua Pegawai Eksekutif YouTube, Susan Wojcicki.

Menurut Baim, ini merupakan satu penghargaan terhadap dia dan isteri kerana bukan mudah untuk tersenarai dalam kelompok berkenaan.

"Susan Wojcicki adalah Ketua Pegawai Eksekutif YouTube di seluruh dunia. Saya sangat gembira apabila nama saya dan isteri disenaraikan dalam tweetnya.



Baim Wong kongsi berita gembira di Instagram miliknya.

"Hanya ada lima orang di dunia yang disenaraikan di dalam tweetnya, saya terkejut ada nama saya dan isteri," katanya.

Dalam pada itu, pelakon berumur 39 tahun itu turut menjelaskan bahawa inisiatif Gemas bukan dibuat dengan wang peribadinya namun sumbangan daripada orang ramai yang tidak mahu disebutkan identitinya.

"Mengenai Gemas (Gerakan Memakai Masker) untuk Indonesia, itu bukan wang peribadi saya, namun itu adalah sumbangan daripada orang-orang yang tidak mahu disebutkan namanya.

"Terima kasih atas semua dedikasi yang telah dilakukan. Kamu semua hebat, berita itu sampai ke seluruh dunia. Kita adalah keluarga, tetaplah selalu cinta," ujarnya.

Baim Wong,

Artikel Lain