SETELAH bertarung penyakit kanser selama dua tahun, pelakon Rishi Kapoor meninggal dunia di sebuah hospital di Mumbai pada Rabu. Menurut laporan Times Of India, aktor berusia 67 tahun itu dibawa ke hospital oleh ahli keluarga selepas keadaan kesihatannya semakin merosot. Rishi sebelum ini telah menjalani rawatan kanser di Amerika Syarikat selama setahun dan pulang ke India pada September 2019. ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Bollywood Irrfan Khan meninggal dunia pada usia 54 tahun Sementara itu, rakan baiknya yang juga pelakon iaitu Amitabh Bachchan turut berkongsi berita sedih mengenai pemergian Rishi. Kematian Rishi mengejutkan ramai peminat. "Dia sudah tiada, Rishi Kapoor sudah meninggal dunia, saya amat dukacita," tulisnya menerusi laman Twitter. Anak kedua pasangan legenda Bollywood iaitu Raj Kapoor dan Krishna Raj Kapoor itu telah membintangi ratusan filem antaranya Amar Akbar Anthony, Laila Majnu, Rafoo Chakkar, Sargam, Karz, dan Bol Radha Bol. Malah, sebelum ini dia turut mengumumkan akan kembali ke lokasi penggambaran filem adaptasi dari Hollywood berjudul The Intern bersama aktres Deepika Padukone.