suria

Baim Wong bina rumah untuk dua peminatnya

Baim dan isteri sentiasa meninjau pembinaan rumah untuk peminatnya.

PELAKON Baim Wong meluahkan rasa syukur apabila kediaman yang dibina untuk dua peminatnya bernama Sugiri dan Wulan di Banten, Indonesia hampir siap sepenuhnya.

Memetik laporan Liputan6, Baim sudah merancang untuk membina tempat tinggal untuk keluarga Sugiri dan Wulan sejak dua tahun lalu.

Malah Baim dan isterinya iaitu Paula Verhoeven sudah beberapa kali datang meninjau lokasi kediaman tersebut.



Baim berkongsi video ketika meninjau lokasi pembinaan rumah untuk peminatnya.

Aktor yang berasal dari Indonesia itu berkongsi perkara tersebut menerusi rakaman yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya.

Menerusi rakaman tersebut, Baim berada di lokasi pembinaan rumah tersebut ditemani bapa kepada Sugiri dan Wulan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Baim Wong, Paula Verhoeven,

Artikel Lain