suria

Hasrat Nicholas Saputra kahwin muda dihalang, nama pelakon Mariana Renata jadi sebutan

Nicholas dan Mariana pernah menjalinkan hubungan cinta pada 2006.

SELEPAS penerbit filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC), Mira Lesmana mendedahkan dia melarang pelakon Nicholas Saputra berkahwin di usia muda, nama pelakon Mariana Renata menjadi sebutan.

Nicholas meluahkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga pada 15 tahun lalu ketika dirinya baru sahaja berusia 21 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Penerbit filem AADC dedah pernah halang hasrat Nicholas Saputra untuk berkahwin 15 tahun lalu

Menerusi laporan Liputan6, nama Mariana Renata menjadi sebutan disebabkan model tersebut pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Nicholas pada 2006.

Pasangan ini pernah bergandingan menerusi filem Janji Joni.

Dikatakan Nicholas dan Mariana mula bercinta selepas membintangi filem Janji Joni dan sekali lagi bekerjasama dalam sebuah drama bersiri pada 2014.

Sebelum ini, Mira mendedahkan perkara itu bersama Nicholas dalam siaran langsung di laman Instagram Miles Films.

Biarpun hasrat tersebut ditolak namun Nicholas bersyukur tidak jadi berkahwin di usia muda kerana dia berasa sangat seronok menikmati masa bujangnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Nicholas Saputra, Mariana Renata

Artikel Lain