suria

Kekasih Cita Citata keletihan kali pertama berpuasa

Cita Citata bantu kekasih pertama kali berpuasa.

PENYANYI dangdut Cita Citata memberitahu kekasihnya iaitu Roy Maher Geurts keletihan selepas menjalani ibadah puasa buat pertama kalinya setelah memeluk Islam, baru-baru ini.

Menurut laporan Liputan6, Cita berkata Roy sedang menyesuaikan diri dan mereka mencuba menu yang sesuai untuk dimakan pada masa berbuka puasa dan sahur.

"Roy terkejut! Selepas buka puasa badan dia letih dan terus tidur. Jadi sekarang sedang mencari makanan apa yang mesti dimakan pada masa sahur dan berbuka sehingga tidak akan letih lagi.

"Dia adalah seseorang yang kuat bersukan kerana tidak mahu memiliki badan yang gemuk. Jadi sedang mencari menu untuk berbuka puasa yang sesuai," katanya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sakitnya Tuh Disini berkata dia telah memberikan nasihat kepada Roy supaya kekal aktif sepanjang hari berpuasa.

Dia turut menyediakan menu khas berbuka puasa iaitu bubur dan juga memberikan tiga biji buah kurma.

"Saya memintanya untuk mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya, saya memberikan nasihat tapi tidak memaksanya. Saya juga beritahu dia bahawa corak tidur perlu diubah, contohnya dua jam selepas berbuka puasa mesti tidur supaya kalau bangun badan lebih segar.

"Saya buatkan pengat dan setiap kali berbuka puasa saya beri tiga biji kurma. Dia mengatakan bahawa rasa buah kurma sangat manis... katanya lagi, bubur pengat adalah makanan yang sangat unik, kerana di Belanda tidak ada," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Cita Citata

Artikel Lain