suria

Shownu (Monsta X) cedera semasa latihan tarian, perlukan masa untuk pulih

Shownu alami kecederaan semasa sesi latihan tarian album terbaharu.

AHLI kumpulan Monsta X iaitu Shownu mengalami kecederaan semasa sedang menjalani latihan koreografi album terbaharu mereka, Fantasia X.

Menurut laporan Allkpop, agensi pengurusan mereka iaitu Starship Entertainment mengesahkan mengenai insiden itu dalam satu kenyataan media, baru-baru ini.

Agensi turut memaklumkan penangguhan tarikh pelancaran album terbaharu mereka disebabkan keadaan Shownu yang masih belum pulih sepenuhnya.



Kumpulan Monsta X.

"Shownu mengalami sakit belakang semasa berlatih koreografi untuk kemunculan semula yang akan datang. Dia dihantar ke hospital untuk pemeriksaan... doktor menasihatinya tidak membuat senaman dan pergerakan secara berlebihan dan perlu mendapatkan rawatan suntikan dan fisioterapi agar cepat sembuh.

"Pada masa ini, Shownu dirawat secara berkala untuk pemulihan dan keadaannya bertambah baik, namun dia memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar pulih.

"Oleh itu, kami memutuskan untuk menangguhkan tarikh pelancaran album Fantasia X dengan mempertimbangkan keadaan Shownu dan aktiviti selanjutnya," jelasnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Shownu, Monsta X

Artikel Lain