PELBAGAI aktiviti kearah kebaikan yang boleh dilakukan sepanjang Ramadan antaranya mengikuti kelas tadarus Al-Quran secara talian seperti yang dilakukan pelakon Dian Sastrowardoyo. Memetik laporan Liputan6, Dian memberitahu dia meletakkan sasaran untuk membaca satu juzuk atau satu setengah juzuk dalam masa satu hari dan akan membuat ulang kaji biarpun sudah selesai tadarus. Menurut Dian, dia berasa berdosa dan bersalah mempunyai kitab Al-Quran di rumah namun hanya menjadikan penghiasan tanpa membacanya. Dian rasa berdosa ada Al-Quran tapi tak baca. "Saya ada meletakkan sasaran sendiri untuk mengikuti kelas tadarus Al-Quran secara online. Jadi, setiap hari boleh baca satu juzuk atau satu setengah juzuk. "Kalau boleh selesai saja tadarus, saya akan buat ulang kaji pula. Saya rasa berdosa dan bersalah, ada Al-Quran tapi tidak dibaca. "Saya takut nanti di akhirat, Al-Quran menjadi saksai mengatakan masih belum pernah disentuh dan dibaca, habislah saya nanti," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!