BAPA kepada pelakon popular Indonesia, Nikita Willy iaitu Henry Willy Syam menghembuskan nafas terakhir pada pagi Rabu. Menurut ibu Nikita yang dikenali sebagai Yora memaklumkan suaminya meninggal dunia akibat penyakit jantung. "Iya benar, dia meninggal dunia kerana sakit jantung di Hospital Siloam Mampang, Jakarta. "Kami tak bawa dia ke rumah duka, sebaliknya jenazah terus dikebumikan di Pondok Rangon mengikut upacara kebiasaan. "Memandangkan keadaan sekarang ini, kita hanya ikut saranan yang dikeluarkan oleh kerajaan," katanya. Sebelum itu, menerusi Instastory, Nikita berkongsi berita sedih pemergian bapanya. “Allahummafirlahu Warhamhu Wa'afihi Wa'fuanhu... telah meninggal dunia pada pukul 5.19 pagi (waktu tempatan) ayah kami Hendry Willy Syam. “Kami pihak keluarga memohon maaf atas segala kesalahan almarhum baik disengajakan ataupun tidak," tulisnya. SUMBER: KOMPAS