suria

Dua bulan berkahwin, penyanyi 'Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang' Tegar umum isteri hamil

Tegar umum berita kehamilan isteri.

SETELAH hampir dua bulan mendirikan rumah tangga dengan Sarah Sheika, penyanyi remaja Indonesia Tegar Septian mengumumkan dia bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Tegar berkata dia gembira apabila mengetahui mengenai kehamilan isteri itu dan berasakan Ramadan tahun ini cukup bermakna buat mereka sekeluarga.

"Alhamdulillah tahun ini diberi rezeki dan kepercayaan sama Allah. Di bulan Ramadan tahun ini Tegar ditemani isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi 'Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang' Tegar selamat jadi suami pada usia 19 tahun

"Alhamdulillah... Allah memberi kepercayaan untuk Tegar menjadi seorang ayah," katanya.

Penyanyi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang ini memaklumkan mengenai kehamilan isteri itu menerusi Instagram miliknya.

Tegar kongsi berita gembira di Instagram.

Bersama kapsyen tersebut dia turut berkongsi foto alat ujian kehamilan.

Sementara itu, ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada pengikut yang turut teruja dengan khabar gembira itu.

Menjawab salah satu komen peminat, Tegar berkata dia mengimpikan untuk memiliki anak sulung lelaki.

"Nak lelaki," jawab Tegar.

Tegar dan isteri berkahwin pada 20 Mac lalu.

Tegar yang baru berusia 19 tahun mendirikan rumah tangga dengan Sarah Sheilka di sebuah lokasi di Jakarta, Indonesia pada 20 Mac lalu.

Tegar mula mencipta nama pada usia 11 tahun bermula daripada menjadi penyanyi jalanan.

Remaja itu kemudian berjaya mengubah nasib keluarganya yang hidup dalam keadaan kurang berkemampuan.

Namun, kehidupannya kembali miskin selepas dilaporkan menjadi mangsa penipuan pihak tertentu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Tegar Septian

Artikel Lain