PENYANYI Katy Perry mengakui emosinya terganggu ketika berada di rumah sepanjang tempoh kuarantin ini. Menurut Katy, faktor hormon ibu mengandung yang kurang stabil mungkin menjadi sebab dia mudah menangis. "Saya selalunya isi masa dengan banyak perkara dan ada masa saya menangis sambil tunduk melihat kaki atau menangis ketika buat kerja mudah. ARTIKEL BERKAITAN: Katy Perry dan Orlando Bloom teruja bakal timang anak perempuan "Saya rasa mungkin ini sebab hormon kerana saya tak biasa di tempat kecil dengan ramai orang dalam masa yang lama. "Saya dah biasa berada di luar," katanya. Sementara itu penyanyi berusia 35 tahun ini berkata tempoh kuarantin memaksanya untuk kekal berada di rumah membuatkan dia kehilangan waktu bersendirian. "Tiada tempat lain nak pergi melainkan kereta. Jadi saya masuk kereta dan rasa itulah tempat paling selamat," ujarnya. SUMBER: E! News Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!