suria

Taylor Swift jual jet peribadi sebelum perintah berkurung dilaksanakan

Taylor Swift sempat menjual salah sebuah jet peribadinya beberapa hari sebelum perintah berkurung bermula

PENYANYI popular kelahiran Amerika Syarikat Tailor Swift dilaporkan menjual salah sebuah daripada dua pesawat peribadi miliknya beberapa hari sebelum perintah berkurung di negara itu dilaksanakan.

Memetik laporan Daily Mail, penyanyi yang popular dengan lagu Love Song itu dikatakan telah menjual jet Dassault Falcon 50 miliknya pada April lalu.

Walaupun harga penjualan jet itu tidak diketahui, ia dipercayai bernilai antara $1 juta (RM4.3 juta) hingga $6 juta (RM10.3 juta)

Dalam pada itu, saiz Dassault Falcon 900, sebuah lagi jet peribadi milik Swift yang masih disimpan adalah dua kali ganda lebih besar berbanding kapal terbang yang baru dijual.

Jet itu mampu memuatkan 18 tempat duduk penumpang.

Kapal terbang tersebut mempunyai angka 13 pada bahagian hadapan pesawat yang merupakan nombor bertuah serta tarikh lahir penyanyi itu.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Taylor Swift,

Artikel Lain