suria

Pelakon Chicago Typewriter, Park Ji Hoon meninggal dunia akibat kanser perut - “Kamu semua telah beri kami kekuatan lalui saat sukar ini”

Ahli keluarga mengesahkan Park Ji Hoon meninggal dunia pada 11 Mei lalu.

PELAKON yang pernah membintangi drama Chicago Typewriter pada tahun 2017 iaitu Park Ji Hoon dilaporkan meninggal dunia akibat kanser perut pada 11 Mei lalu.

Berita sedih itu dikongsikan menerusi laman Instagram Park Ji Hoon pada Khamis lalu selepas tiga hari aktor itu menghembuskan nafas terakhir.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik, ahli keluarga Park Ji Hoon berterima kasih kepada semua yang memberi kata semangat dan turut memaklumkan bahawa aktor berusia 31 tahun itu diabadikan di Ilsan Blue Soul Memorial Park.

“Kami meninggalkan coretan ini dalam dua posting yang berbeza kerana bimbang mereka yang tidak dapat menghubungi Ji Hoon menyangkakan itu adalah berita palsu.



Park Ji Hoon meninggal dunia akibat kanser perut.

“Terima kasih kepada semua yang memberikan kata-kata semangat walaupun berdepan dengan situasi sukar dengan wabak koronavirus.

“Kamu semua telah memberikan kami kekuatan untuk melalui saat sukar ini, tidak hanya kepada saya tetapi keluarga kami juga. Kami tidak akan melupakan momen ini.

“Saya harap anda semua sentiasa berjaga-jaga dan kekal sihat. Kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk melawat adik saya kerana kekangan masa, Ji Hoon akan diabadikan di Ilsan Blue Soul Memorial Park, ” katanya.

Sehingga kini perkongsian tersebut mendapat lebih 27,000 tanda suka (likes) namun ruang komen telah ditutup.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Park Ji Hoon,

Artikel Lain