suria

Hampir dua bulan berkurung di rumah, akhirnya Rossa buat persembahan pentas - “Cemas, gugup itu ada tetapi saya gembira”

Rossa seronok dapat beraksi di pentas nyanyian setelah dua bulan berkurung di rumah.

SETELAH hampir dua bulan tidak menjalani sebarang aktiviti di luar rumah kerana bimbang penularan wabak Covid-19, penyanyi Rossa meluahkan rasa gembira apabila dapat beraksi semula di sebuah stesen televisyen.

Rossa bagaimanapun berkata pada awalnya dia agak bimbang untuk keluar rumah kerana memikirkan risiko penyebaran virus tersebut.

Namun dia memberanikan diri untuk menghadiri program tersebut setelah penerbit rancangan berkenaan merayunya hadir dalam rakaman itu.



Rossa beraksi atas pentas tanpa penonton.

"Pertama kali menyanyi di luar rumah... perasaan cemas dan gugup itu ada tetapi saya gembira kerana rindu berada di atas pentas.

"Penerbit salah satu saluran televisyen merayu saya untuk membuat penggambaran di studio dengan tujuan dan harapan dapat membantu mengumpulkan sumbangan sebanyak mungkin... program itu tidak ada penonton dan dilakukan secara berhati-hati.

"Saya pun bersetuju dan berasa sangat gembira dapat bergabung dalam program yang luar biasa bersama 300 pemuzik Indonesia yang lain," katanya menerusi laman Instagram.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Rossa, Covid-19

Artikel Lain