PELAKON Robert Pattinson mengakui dia menjalani kuarantin di kediaman yang terletak di London bersama teman wanita yang tidak didedahkan identitinya. Memetik laporan Hollywoodlife, biarpun Robert merahsiakan identiti kekasihnya namun peminat dapat meneka wanita tersebut merupakan model dan pelakon Suki Waterhouse. Robert mengaku tidak berseorang sepanjang menjalani kuarantin menerusi satu temu bual bersama GQ baru-baru ini. Robert dan Suki dikatakan sudah bertunang pada Januari lalu. Peminat membuat spekulasi berdasarkan gosip sebelum ini yang mengatakan Robert sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Suki sejak 2018. Malah pelakon filem bersiri The Twilight Saga itu juga dikatakan sudah mengikat tali pertunangan dengan Suki sekitar Januari lalu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!