suria

Drama The King: Eternal Monarch dikritik terlalu banyak promosi produk

Drama The King terima kritikan media Korea Selatan kerana terlalu banyak babak promosi produk.

DRAMA The King: Eternal Monarch lakonan Lee Min Ho dikritik media Korea Selatan kerana terlalu banyak promosi produk yang ketara sepanjang episod.

Kritikan itu turut ditujukan kepada pengarah terhadap plot cerita tidak masuk akal yang diselitkan hanya untuk mempromosi sesuatu produk.

Antara babak yang secara terang-terangan mempromosi produk.

Artikel tersebut terus mengkritik penempatan produk yang tidak diperlukan dan menganggu jalan cerita drama berkenaan.

Barisan pelakon turut dikatakan kelihatan kekok menggambarkan senario yang tidak realistik hanya untuk mengiklankan produk-produk tersebut.

Terdapat banyak adegan yang secara terang-terangan mengiklankan produk seperti kimchi goreng, topeng muka futuristik, pengilat bibir, dan boba tetapi kelihatan janggal.

Sumber: allkpop

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

The King, Lee Min Ho

Artikel Lain