suria

Aura Kasih nafi tak boleh 'move on' hanya berkawan baik dengan mendiang Glenn Fredly

Aura dan Glenn pernah bercinta sekitar 2015 namun hubungan mereka berakhir selepas hampir dua tahun bersama.

PERNAH menjalinkan hubungan cinta selama hampir dua tahun, ada pihak mendakwa penyanyi Aura Kasih masih tidak dapat melupakan bekas kekasinya yang juga mendiang Glenn Fredly.

Bagaimanapun, Aura menegaskan dia dan penyanyi lagu Januari itu mempunyai hubungan baik sebagai sahabat dan mereka juga gemar berkongsi pendapat mengenai muzik dan keluarga.

Aura turut menafikan dia tidak dapat meneruskan kehidupan kerana masih terkenangkan bekas kekasihnya itu.

"Kami suka berborak mengenai muzik atau apa saja. Saya suka bertanyakan pendapat Glenn mengenai rumah tangga memandangkan dia jauh lebih berusia daripada saya.

Aura nafi dia tidak masih belum lupakan Glenn sebagai kekasih.

"Sebenarnya kalau ada pihak mengatakan saya tak boleh move on atau sebagainya, macam mana kami boleh menjadi sahabat walapun pernah bercinta selama hampir dua tahun?

"Jadi, saya menyangkal dakwaan tersebut. Kalau masih ada hubungan baik dengan bekas kekasih dikatakan tidak boleh move on, kenapa kena berfikiran kolot seperti itu?" kata Aura.

Meskipun Glenn dan Aura sudah berkahwin dengan pasangan masing-masing namun hubungan antara mereka masih baik sebagai sahabat.

Glenn meninggal dunia pada 8 April lalu akibat penyakit meningitis atau radang otak.

Sumber - Liputan6

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Aura Kasih, Glenn Fredly,

Artikel Lain