suria

The Rock bangga anak perempuan ikut jejak langkah jadi ahli gusti

Simone Johnson mahu mengikut jejak langkah bapa dalam sukan gusti.

PELAKON Dwayne Johnson terharu apabila anak perempuannya Simone Johnson, 18, mengikut jejaknya sebagai seorang ahli gusti.

Menerusi temuramah bersama The Tonight Show, Johnson yang lebih dikenali sebagai The Rock, 48, anaknya akan memulakan latihan awal tahun ini.

"Dia telah menandatangani kontrak bersama WWE.

"Ia agak mengejutkan. Pertama sekali saya sangat berbesar hati, anak perempuan saya ingin mengikut jejak langkah saya.

"Namun, apa yang lebih penting ialah dia ingin menentukan kariernya sendiri," katanya.

Sebelum itu, Simone Johnson mengumumkan telah menandatangani kontrak dengan WWE pada Februari lalu.

"Ia amat bermakna buat saya. Keluarga saya mempunyai sejarah peribadi dalam sukan gusti di mana ia juga sangat istimewa untuk saya dan saya rasa bersyukur dapat peluang ini," ujarnya.

Remaja itu adalah bintang pertama yang merupakan generasi keempat WWE selepas bapanya Dwayne Johnson, datuknya Rocky Johnson dan moyangnya Peter Maivia.

Sumber: Daily Mail

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain