suria

Song Ji Hyo takut bawa watak dalam filem Intruder - “Memang jauh berbeza dengan imej saya sebagai pelakon”

Ji Hyo bakal muncul dalam filem terbaharu pada 4 Jun depan.

PELAKON Song Ji Hyo mengakui dia agak gementar dan takut dengan transfomasi imejnya dalam filem thriller terbaharu berjudul Intruder.

Memetik laporan Soompi, Song Ji Hyo bimbang dengan wataknya dalam filem tersebut kerana ia sangat berbeza dengan imej yang dibawa sebagai seorang pelakon.

"Sebenarnya saya sangat takut sebab watak tersebut memang jauh berbeza dengan imej yang saya bawa sebagai seorang pelakon," kat Song Ji Hyo.

Anggota Running Man ini mendedahkan perkara itu ketika ditemu bual dengan majalah filem, CIne21 baru-baru ini.

Intruder yang akan ditayankan pada 4 Jun itu dibintangi Song Ji Hyo sebagai Yoo Jin, seorang wanita yang hilang selama 25 tahun dan kembali kepada keluarganya selepas beberapa tahun kemudian.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Song Ji Hyo, Runninga Man, Intruder,

Artikel Lain