TAMARA Bleszynski tampil menyuarakan pendapat terhadap peningkatan jumlah penduduk yang mengerumuni pasar dan pusat beli belah semasa Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB). Tamara juga menyatakan kegelisahannya melalui laman Instagram dengan mesej yang sangat mendalam.ARTIKEL BERKAITAN: Madonna positif Covid-19, anak perempuan selamba keluar tanpa topeng Menerusi entri tersebut, pelakon drama Hikmah itu menyatakan keprihatinannya terhadap isu tersebut kerana ramai petugas barisan hadapan yang kehilangan nyawa untuk menyelamatkan pesakit Covid-19. Namun, masih ramai yang keluar rumah untuk membeli-belah tanpa mengikut prosedur dan protokol kesihatan yang betul. "Ramai petugas perubatan yang maut untuk demi menyelamatkan nyawa kita, jangan sia-siakan perjuangan mereka hanya kerana anda ingin membeli pakaian dan lain-lain. Ingatlah bahawa ramai yang telah mati supaya anda dapat meneruskan hidup. "Jangan kamu sia-siakan pengorbanan mereka! Nyawa adalah taruhannya, hargainya." tulisnya. Kenyataan tersebut diterima baik netizen yang mempunyai pendapat yang sama. "Yang berjuang sedih, yang diperjuangkan tidak tahu diri," komen seorang peminat. "Mungkin mereka tidak sedar diri. Petugas barisan hadapan bertempur sehingga hampir kehilangan nyawa dan keluarga. Doa untuk semua kakitangan perubatan barisan hadapan mendapat perlindungan dari tuhan," tulis seorang netizen.Sumber: Liputan6 Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!