suria

Lima fakta menarik mengenai Selena Gomez

Selena pernah menjadi mangsa buli di laman sosial disebabkan berat badannya meningkat secara mendadak.

MENJADI mangsa 'body shaming' dan pernah mendapat gelaran sebagai 'Ratu Instagram' antara lima fakta mengenai penyanyi lagu Lose You To Love Me iaitu Selena Gomez.

Selain itu, kisah cinta antara Selena dan bekas kekasihnya yang juga penyanyi Justin Bieber pernah mendapat perhatian media dan peminat.

Berikut adalah lima fakta menarik mengenai Selena Gomez.

1. Duta paling muda UNICEF USA



Selena pernah menyertai misi menghantar bantuan ke Ghana, Afrika.

Selena dilantik menjadi duta Dana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Kanak-Kanak (UNICEF) ketika usianya 17 tahun. Pihak tersebut memilihnya kerana dia sangat menyukai kanak-kanak.

Malah, Selena pernah ke Ghana, Afrika untuk memberi bantuan kepada kanak-kanak yang mengalami masalah kekurangan air dan nutrisi serta kesukaran mendapat pendidikan yang baik pada 2009.

2. Kawan rapat dengan Demi Lovato ketika membintangi drama siri kanak-kanak Barney & Friends

Selena memulakan karier dalam bidang lakonan pada usianya tujuh tahun ketika membintangi drama bersiri kanak-kanak popular iaitu Barney & Friends.



Selena dan Demi mempunyai hubungan yang baik ketika membintangi drama bersiri kanak-kanak.

Selena juga pernah berkawan rapat dengan penyanyi Demi Lovato sejak dari kecil apabila kerjaya mereka bermula ketika sama-sama membintangi drama siri tersebut.

Bagaimanapun hubungan kedua-dua mereka renggang kerana kesibukan masing-masing menguruskan kerjaya seni.

Menerusi sebuah wawancara, Demi Lovato mengakui dia tidak lagi berkawan dengan Selena Gomez.

3. Digelar 'Ratu Instagram'

Selena pernah digelar sebagai 'Ratu Instagram' selepas memiliki jumlah pengikut di laman sosial melebihi penyanyi Taylor Swift.

Malah, setiap perkongsiannya yang melibatkan iklan berharga USD550,000 (RM20 juta).



Selena pernah digelar sebagai ratu Instagram.

Bagaimanapun Selena yang pernah memegang takhta memiliki pengikut teramai di Instagram akhirnya terpaksa mengalah di tempat keempat yang kini memiliki lebih 176 juta pengikut.

4. Britney Spears sebagai idola

Selena pernah mendedahkan dia sangat meminati penyanyi lagu Oops!... I Did It Again iaitu Britney Spears menerusi temu bual bersama majalah Marie Claire sekitar 2016.

Menurut Selena, Britney's Baby One More Time merupakan koleksi CD dan konsert pertamanya pada Mac 2009.

5. Mangsa 'body shamibg'

Pada 2015, Selena mendedahkan dia ketika itu sedang menderita penyakit lupus dan perlu menjalani rawatan kemoterapi.



Berat badan Selena meningkat selepas disahkan penyakit lupus.

Disebabkan itu, berat badan Selena naik mendadak sehingga menyebabkan dia menjadi mangsa 'body shaming'.

Kritik netizen terhadap bentuk badannya itu memberi kesan dan menganggu emosi Selena namun dia kembali bangkit semula melawan kecaman tersebut.

Lupus adalah sejenis penyakit berkaitan dengan imunisasi tubuh manusia. Bukan sahaja pada fizikal, tetapi ia juga membawa pengaruh besar terhadap mental dan emosi.

Sumber - Hot.detik

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain