suria

Priyanka Chopra kongsi tip wajah kekal berseri

Priyanka kongsi tip menjaga kulit wajahnya.

PERNAH dinobatkan sebagai wanita kedua tercantik di dunia, pelakon Priyanka Chopra mengakui dia ada mengamalkan rahsia kecantikan turun-temurun daripada keluarganya.

Priyanka juga antara pelakon Asia yang telah berjaya mencipta nama di Hollywood sememangnya dikagumi dengan kecantikan semulajadinya.

Wajah unik Asia yang dimiliknya itu antara faktor dia menjadi rebutan ramai penerbit dan pengarah di Hollywood.

Berikut adalah tiga rutin kecantikan ini yang menjadi amalan wajib Priyanka untuk kekal cantik.



Priyanka sangat mementingkan penjagaan kulit wajahnya.

1. Priyanka menggunakan tiga bahan iaitu garam laut, gliserin sayur-sayuran dan air mawar untuk skrub bibirnya.

Cara-cara; Tuang sedikit garam laut ke dalam mangkuk. Campurkan sedikit gliserin sayur-sayuran serta air mawar.

Gaul sehingga sebati dan skrub pada permukaan bibir. Setelah selesai, lap menggunakan napkin. Bibir akan lebih mungil serta merah semula jadi.

2. Manakala untuk skrub badan, Priyanka menggunakan enam bahan iaitu secawan tepung serbaguna, yogurt, 1/2 lemon, susu penuh atau susu skim (untuk kulit berminyak), serbuk cendana dan serbuk kunyit.



Pernah dinobatkan sebagai Miss World pada 2000.

Cara-cara; Tuang secawan tepung ke dalam mangkuk. Campurkan sesenduk yogurt dan gaulkan sehingga ia menjadi pes. Tambah sedikit perahan lemon.

Masukkan sedikit susu penuh. Kemudian, tuangkan sedikit serbuk cendana dan serbuk kunyit. Pastikan ia tidak menjadi terlalu kekuningan. Kacau sehingga sebati.

Sapukan pada bahagian kulit yang anda tumpukan. Biarkan ia mengering seketika dan kemudian skrub kulit anda sehingga ia kelihatan seperti mengelupas. Mandi selepas selesai.



Priyanka menggunakan tiga bahan untuk skrub bibir dan badannya.

3. Selain skrub bibir dan badan, Priyanka juga melakukan rawatan kulit kepala dengan menggunakan tiga bahan antaranya yogurt penuh lemak, madu dan telur.

Cara-cara; Masukkan beberapa sudu yogurt penuh lemak ke dalam mangkuk. Yogurt sebenarnya mampu menghidrat dan menyejukkan kulit kepala. Campurkan sesudu teh madu.

Masukkan sebiji telur ke dalam campuran tadi dan kacau sebati. Sapukan pada rambut. Biarkan selama 30 minit. Bilas rambut menggunakan shampu bayi berserta air suam.

Sumber - vogue.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Priyanka Chopra,

Artikel Lain