suria

Awet muda pada usia 53 tahun, ini rahsia Halle Berry!

Halle Berry kelihatan awet muda di usia 53 tahun.

AKTRES terkenal antarabangsa Halle Berry dedah rahsia awet muda bersama peminat di laman Instagram.

Berry, 53, yang popular dengan filem Catwoman berkongsi rahsia rutin kecantikan yang diamalkan dengan hanya empat langkah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mak pesan jangan berjemur bawah matahari” - Ini rupanya rahsia Paris Hilton cantik tanpa pembedahan plastik

Rutin penjagaan wajah 4-langkah Halle Berry

1. Pembersih wajah yang baik

"Mencuci wajah sangat penting, anda perlu lakukannya siang dan malam. Gosok mengikut gerakan menaik, teknik ini akan memberi manfaat buat anda pada tahun-tahun akan datang," katanya dalam video tersebut.

Halle Berry kongsi tips penjagaan wajah di laman Instagram.

2. Mengelupas (exfoliate)

Menurut Berry, skrub yang baik mampu mencerahkan dan menyerlahkan kulit yang mulus dan cantik. Aktres itu juga mengingatkan pengikutnya untuk tidak mengabaikan bahagian leher.

"Kita sering terlupa untuk membersihkan bahagian leher," ujarnya.

3. Mask!

Langkah ketiga dalam rutin kecantikan Berry ialah memakai mask selama 15 minit.

Berry berpendapat menampar-nampar wajah sambil memakai mask dapat 'mengejutkan' sel kulit.

4. Pelembap wajah

"Saya suka menggunakan pelembap yang mengandungi asid laktik yang mampu membuang sel kulit mati," jelas Berry.

Sumber: Hollywoodlife

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Halle Berry

Artikel Lain