suria

“Inikan lebaran, mana foto keluarga?” - Netizen mula ‘membawang’, hairan Laudya Cynthia Bella tak kongsi gambar suami sambut Aidilfitri

Perkongsian foto raya Laudya Cynthia Bella undang pertanyaan pengikut.

GARA-GARA memuat naik foto sambutan Aidilfitri tanpa kelibat suami tercinta, pelakon Laudya Cynthia Bella menerima pelbagai persoalan dan komen daripada pengikut Instagram miliknya.

Menurut laporan Liputan6, Laudya memuat naik fotonya sendirian bersama ucapan ringkas bersempena sambutan Aidilfitri pada Isnin lalu.

"Selamat hari raya daripada kami! (saya bersama beg dan selendang kegemaran)," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Foto baru ke lama ni?” - Foto Laudya Cynthia Bella, suami pakai penutup mulut dan hidung cetus pertanyaan netizen

Posting tersebut dipercayai merupakan muat naik berbayar daripada salah satu jenama popular antarabangsa.

Bagaimanapun, rata-rata pengikut melihat daripada sisi berlainan apabila bertanyakan mengenai keberadaan suaminya, Engku Emran.



Netizen bertanya mengenai keberadaan suami Laudya.

"Kenapa tak pernah bergambar dengan suami, pergi mana sudah?

"Tak pernah nampak gambar berdua.

"Inikan hari raya, mana foto keluarga?," komen netizen.

Sehingga kini, pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan ini terus mengunci mulut mengenai hubungan rumah tangga mereka.

Laudya pernah memberitahu dia tidak akan berkongsi foto bersama suami di media sosial kerana ingin menjaga privasi.

Laudya dan Engku Emran berkahwin pada 8 September 2017 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Laudya Cynthia Bella

Artikel Lain