PENYANYI Billie Eilish mendedahkan dia pernah hampir membunuh diri gara-gara menerima kecaman dan kritikan yang teruk di laman sosial, Twitter dan Instagram beberapa tahun lalu. Menerusi temu bual bersama majalah GQ Magazine baru-baru ini, Billie memberitahu semangatnya kembali apabila melihat peminat tidak henti memberi sokongan. "Saya pernah hampir nak bunuh diri disebabkan Twitter beberapa tahun lalu. Tapi saya kuat disebabkan ada peminat yang masih mempertahankan saya biarpun ada saja kritikan yang teruk diterima. "Kritikan itu membuatkan diri saya kalah. Malah, saya juga pernah cuba menutup komen di Instagram tapi bila difikirkan semula, ruang komen itu hanya untuk orang yang kita ikuti dan rakan-rakan. "Kalau ada komen yang melampaui batas, mungkin kehidupan saya akan hancur. Saya cuba sedaya upaya untuk tidak membaca komen negatif," katanya. Sumber - Billiboard.com Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!