suria

Gara-gara sediakan bilik makanan ringan di pejabat, ramai yang mahu bekerja di syarikat Kang Daniel

Selepas muncul dalam sebuah program televisyen Korea, nama penyanyi Kang Daniel tular di Twitter.

PENYANYI Kang Daniel dan pengurusnya Jung Dongyoon muncul di episod 107 Omniscient Interfering View terbitan MBC (juga dikenali sebagai The Manager) pada 6 Jun lalu.

Menerusi program tersebut, Daniel dan pengurusnya menunjukkan pengalaman bekerja di KONNECT Entertainment, sebuah agensi yang ditubuhkan oleh penyanyi itu pada 2019.

Tak lama selepas episod tersebut ditayangkan,"KONNECT Entertainment" dan "Kang Daniel's company" menjadi antara kata kunci paling banyak dicari di Korea Selatan menerusi laman sosial Twitter.

Walaupun ramai netizen memuji hubungan erat yang dimiliki Daniel dan pengurusnya, banyak yang menyatakan hasrat mereka untuk bekerja di syarikat itu kerana bilik makanan ringan percuma yang disediakan.

Pengurus Daniel memberitahu bahawa penyanyi itu muncul dengan idea untuk memiliki bilik yang penuh dengan makanan ringan yang boleh dimakan oleh pekerjanya secara percuma.

"Tiba-tiba saya teringin berkerja di sana," komen seorang peminat.

"Syarikat yang bagus," ujar seorang lagi peminat.

"Mata saya terbeliak sebaik sahaja saya nampak aiskrim Haagen Dasz. Cemburu dengan kelebihan yang staf di sana peroleh," kata seorang netizen.

Sumber: allkpop

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Kang Daniel, Kpop

Artikel Lain