PELAKON Hollywood Anna Kendrick mendedahkan pengalamannya menjalani penggambaran filem popular Twilight sekitar tahun 2008 adalah sesuatu yang tidak digemari. Dia menganggap pengalaman itu sebagai peristiwa traumatik seperti 'menyelamatkan diri dalam situasi tebusan'. "Penggambaran filem pertama Twilight dijalankan di Portland, Oregon, ketika itu cuaca sangat sejuk dan saya rasa sengsara sepanjang di sana. "Kasut Converse saya basah kuyup. "Ketika itu saya terfikir yang semua kru penggambaran merupakan orang baik-baik dan saya mungkin boleh berkawan dengan mereka tetapi pada waktu itu saya hanya terfikir untuk menyakiti mereka," katanya. Bagaimanapun, Anna berkata hubungan antara dia dan kru penggambaran filem tersebut semakin erat disebabkan situasi dan cuaca yang dihadapi bersama. "Tapi, ia tetap mengeratkan hubungan kami yang bekerja bersama. Ada sesuatu tentang perkara itu, saya rasa seperti seseorang yang sedang melalui situasi yang traumatik. "Cuba awak bayangkan sekumpulan tebusan yang cuba bertahan dalam situasi tahanan dan hubungan awak terikat selamanya kesan daripada situasi itu," ujarnya. Sumber: Hollywoodlife Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!