suria

Belum masa buka akaun laman sosial untuk anak, Raffi Ahmad anggap Rafathar masih kecil

Nagita dan Raffi menganggap anaknya belum sesuai untuk mempunyai akaun laman sosial.

BERBEZA dengan pasangan selebriti yang lain, pelakon dan penyanyi Raffi Ahmad dan isterinya iaitu Nagita Slavina enggan membuka akaun laman sosial untuk anak mereka.

Memetik laporan Liputan6, Raffi dan isteri menganggap anak mereka, Rafathar Malik Ahmad masih kecil dan belum sesuai untuk menggunakan platform tersebut.

"Saya dan suami tidak mahu cipta akaun peribadi untuk anak kami kerana bagi saya, ia tidak perlu. Walaupun ramai selebriti buat dan saya pun tidak kata ia salah.



Raffi dan Nagita tidak mahu anak terdedah kepada laman sosial pada usia yang masih kanak-kanak.

"Cuma, keputusan saya untuk tidak bukan media sosial untuk Rafathar adalah tepat. Sebab bagi saya, belum tiba masa yang sesuai untuk semua itu," kata Nagita.

Raffi dan Nagita mendirikan rumah tangga pada 2014. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Rafathar Malik Ahmad pada 15 Ogos 2015.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Raffi Ahmad, Nagita Slavani,

Artikel Lain